Monday, March 14, 2011

5 Langkah Membudayakan Teknologi

1.    Dalam bidang pendidikan kini, kaedah pembelajaran bukanlah lagi menggunakan papan tulis ataupun kad bod yang dipaparkan dihadapan kelas.  Dalam era teknologi yang serba canggih ini,  cara pembelajaran sudah berubah dengan menggunakan aplikasi perkomputeran dimana pembelajaran boleh diadakan secara langsung atau tidak langsung.  Juseru dengan menggunakan pelbagai teknologi audio dan video cara penyampaian adalah lebih menarik dan boleh megelakkan kebosanan semasa belajar.
2.   Dorongan daripada ibu bapa juga perlu untuk memastikan anak anak celik teknologi agar mereka tidak ketinggalan disamping sentiasa mengawasi mereka agar tidak menyalahgunakan penggunaan teknologi yang sedia ada.
3.   Selain daripada itu, pameran ciptaan inovasi yang terkini perlu diadakan untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang teknologi terkini yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian seperti GPS, ROBOTIC dan sebagainya.  Mungkin cara ini sangat sesuai kepada orang ramai yang meminati bidang ini tanpa perlu mereka berbelanja besar untuk ke luar Negara.   Selain itu pertandingan mereka cipta berkongsepkan inovasi juga perlu digalakkan kepada semua masyarakat untuk menunjukkan kreativiti mereka dalam bidang ciptaan, seterusnya boleh dipalikasikan dalam kehidupan seharian.
4.   Pihak kerajaan juga perlu memberi galakkan kepada masyarakat dengan  bantuan kewangan serta memberi ruang untuk menyumbangkan idea di dalam penginovasian teknologi agar suatu hari nanti ianya sangat berguana kepada masyarakat dan dunia.  Dan dengan cara ini juga dapat mengharumkan nama negara apabila mereka berjaya.
5. Penggunaan ICT juga sangat digalakkan  kepada golongan kelainan upaya untuk membantu mereka menjalani kehidupan seharian.  Contohnya penggunaan kerusi roda berkuasa elektrik, penggunaan aplikasi computer dalam kenderaan, computer untuk orang buta dan sebagainya.  Justeru, penggunaan teknologi kini boleh digunakan untuk sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur ataupun status.  Masyarakat yang celik teknologi melambangkan sebuah Negara yang maju.

1 comment:

  1. untuk menarik generasi muda sekarang penggunaan teknologi lebih afdal kerana ianya menjadikan bahan pengajaran lebih menarik dan akan mendorong mereka untuk lebih rajin belajar :D

    ReplyDelete