Wednesday, March 30, 2011

ISU TEKNOLOGI (TEKNOLOGI HIJAU)


Teknologi hijau, misalnya, menjadi buah mulut terutama selepas isu pemanasan global sering menjadi topik hangat ditambah pula sogokan satu demi satu berita kemusnahan dan bencana alam, malah ia turut menjadi filem yang mengingatkan manusia betapa dunia sudah tiba ke minit terakhir. 
Pengarah Urusan Cisco Malaysia, Anne Abraham, menjangkakan perubahan iklim membuka mata banyak pihak menilai semula model perniagaan sedia ada dengan membangunkan strategi yang berbeza.
Kebanyakan organisasi bakal menggunakan strategi hijau dalam pelbagai aspek bagi mengurangkan penggunaan karbon.
"Secara tidak langsung, ia akan mengurangkan kesan rumah hijau serta dalam masa yang sama menjimatkan kos,” katanya.
Namun begitu, beliau menegaskan, aplikasi hijau dalam teknologi perlu disusuli dengan perubahan budaya kerja serta kerjasama kuat antara industri bagi merealisasikan hasrat berkenaan.
“Peneraju perniagaan perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam merangka kaedah dan ukuran terbaik yang mampu membangunkan permintaan terhadap teknologi hijau pada masa depan,” kata Abraham.

12 comments:

  1. Salam Jiha,
    Teknologi hijau merupakan salah satu usaha dan solusi terbaik dalam menjaga kesihatan bumi yang semakin uzur ini. Tangan manusia yang merosakkan bumi, maka tangan ini jua lah yang harus membetulkannya kembali.

    Manusia terlalu mengejar keuntungan duniawi sehingga merosakkan alam ini. Ingatlah firman Allah yang berbunyi :

    "...dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan " (Surah Al-Qasas : 77)

    MASTURA BINTI NASRUN SANI
    A127641
    PEMBANGUNAN MANUSIA, A127641
    Semester 2, Sesi 2010/2011

    ReplyDelete
  2. Penggunaan teknologi hijau sememangnya dapat meningkatkan kualiti alam yang semakin menurun. namun, penggunaannya perlulah mendapat kerjasama dari semua pihak supaya ia dapat membantu alam yang kita duduki.

    ReplyDelete
  3. Salam Najeha,
    Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab.

    Teknologi hijau merujuk kepada produk, peralatan atau sistem yang memnuhi kriteria-kriteria berikut :

    a) Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;

    b) Menjimatkan tenaga dan sumber asli;

    c) Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

    Akibat daripada perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan manusia sejagat yang lain, pelbagai bencana yang berlaku seperti dijelaskan oleh Najeha dalam isu ini. Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah SWT kita seharusnya lebih peka dan menjaga bumi ini kerana kita merupakan khalifah Allah yang dipertanggungjawab untuk memulihara bumi ini dengan baik.


    SITI KHADIJAH NORDIN
    A127843
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    SEMESTER 2, SESI 2010/2011

    ReplyDelete
  4. ADAKAH ANDA BERSETUJU BAHAWA PERKEMBANGAN TEKNOLOGI SEIRING DENGAN PENINGKATAN KEGIATAN SEKSUAL?

    Isu pembuangan bayi kini tidak boleh dipandang remeh lagi. Kebanyakan remaja kini menjadikan kes pembuangan bayi ini satu trend baru dalam gaya hidup mereka. Bagi mereka, cara pembuangan bayi ini merupakan jalan terakhir bagi mereka untuk menyelesaikan masalah sekiranya mengandung luar nikah. Hal ini secara tidak langsung menjadi isu penting yang boleh merendahkan martabat negara kita yang sebelum ini dipandang tinggi oleh negara lain.
    Perkembangan teknologi masa kini menjadi salah satu punca masalah sosial seperti kes pembuangan bayi ini kian berleluasa. Seperti yang kita sedia maklum, teknologi yang dicipta bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada masyarakat. Namun, ada pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk tujuan yang tidak berfaedah. Terdapat sesetengah masyarakat menggunakan teknologi untuk tujuan seks. Laman sosial seperti Facebook, Tagged dan Twitter telah digunakan untuk memaparkan gambar-gambar yang menjolok mata dan aksi yang mengghairahkan. Selain itu, terdapat juga pengguna yang menawarkan perkhidmatan seks melalui laman sosial.
    Peralatan berteknologi seperti telefon bimbit dan “webcam” turut disalahgunakan. Terdapat segelintir individu yang melakukan hubungan seks melalui peralatan tersebut. Istilah “Phone Sex” digunakan untuk hubungan seks melalui telefon bimbit. “Webcam” juga digunakan untuk tujuan yang sama melalui alam maya. Pilihan tersebut dibuat kerana ia merupakan salah satu cara individu untuk mendapatkan kepuasan tanpa perlu bersemuka dengan pasangan seks.
    Kajian yang dilakukan oleh Farahwahida Mohd. Yusof dan Norazila binti Sugiman (UTM) menunjukkan bahawa faktor media massa menjadi punca utama kepada amalan seks bebas. 357 orang responden daripada 425 orang respnden yang terlibat dalam kajian tersebut mengatakan bahawa video dan gambar-gambar lucah banyak terdapat di pasaran dan mudah dilayari di internet. Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa kecanggihan teknologi telah menjadi pendorong kepada perlakuan seks bebas dalam kalangan masyarakat hari ini. Lambakan bahan-bahan pornografi di internet adalah hasil daripada perkembangan teknologi. Oleh yang demikian, penyalahgunaan teknologi menyumbang kepada gejala seksual, sekaligus meningkatkan bilangan kes pembuangan bayi.

    NORSUHAIDA BINTI RASHID
    A128064
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    SEMESTER 2, SESI 2010/2011

    ReplyDelete
  5. Kesan-kesan pencemaran adalah seperti mengancam kesihatan tubuh badan manusia.Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu . Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi .

    Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak .

    Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . Ia dikenali sebagai penyakit Minamata .

    Mengancam tumbuhan dan binatang
    Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton .

    Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada penggunaan sumber air tersebut .

    Sebagai contoh yang lain kesan daripada keracun raksa, kejadian yang aneh berlaku di Teluk Minamata, Jepun, yang mana burung-burung yang sedang terbang tiba-tiba menjunam dari angkasa . Kucing berjalan terhoyong-hayang dengan mulut yang berbuih, kemudian berlari tidak menentu dan akhirnya mati.

    MOHD IZZAT AZREN BIN MOHD AZMAN (A131055)
    (PROGRAM PEMBANGUNAN MANUSIA)
    TAHUN 2,SEMESTER 2 SESI 2020/2011
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

    ReplyDelete
  6. salam adeeqmaneys...

    Saya amat tertarik dengan maklumat yang diberikan oleh anda. Disini saya kongsikan sedikit info mengenai teknologi hijau.

    Secara konsep, teknologi hijau ditakrifkan sebagai “pengaplikasian ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk tujuan praktikal dalam pelbagai bidang kehidupan tanpa mengakibatkan kepupusan sumber dan mencemarkan alam sekitar”.

    Lima kriteria utama mengenai teknologi hijau adalah seperti yang berikut;

    1. Memenuhi kehendak masyarakat secara berterusan tanpa mengakibatkan kepupusan, kerosakan, atau kemusnahan sumber semula jadi.

    2. Pengeluaran mesra alam yang membolehkan produk yang dikeluarkan ditebus guna sepenuhnya.

    3. Penjimatan sumber, mengurangkan sisa buangan, dan pencemaran dengan mengubah kaedah pengeluaran serta penggunaannya.

    4. Inovasi, meneroka, membangunkan alternatif mesra alam dan mesra pengguna serta berdaya maju.

    5. Menjadi pusat aktiviti ekonomi berkaitan dengan teknologi dan produk yang mampu memberikan faedah kepada masyarakat dan alam sekitar serta mewujudkan peluang pekerjaan.

    Langkah-langkah memajukan teknologi hijau:

    1)Strategi mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan teknologi hijau juga penting. Strategi ini pastinya tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa instrumen ekonomi yang inovatif. Strategi ini juga sukar dilaksanakan tanpa sebarang dana untuk menggalakkan usaha merancakkan promosi terutamanya untuk menarik pelaburan langsung asing dalam industri teknologi hijau dan merangsang pelaburan langsung domestik industri tempatan. Strategi mewujudkan persekitaran yang kondusif ini penting dalam usaha menjadikan Malaysia pangkalan teknologi hijau serantau khususnya bagi tenaga yang boleh diperbaharui seperti teknologi solar fotovoltanik.

    2)Beberapa langkah diambil untuk memperkukuh struktur pelaksanaan dan pembangunan teknologi hijau serta mengantarabangsakan potensi penggunaannya. Misalnya, dalam Belanjawan 2010 kerajaan menstrukturkan semula Pusat Tenaga Malaysia menjadi Pusat Teknologi Hijau Negara. Pusat ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyediakan pelan tindakan pembangunan teknologi hijau dan berperanan sebagai agensi yang menetapkan piawaian dan mempromosi teknologi hijau.

    FATIN FARHANA BT ZAKARIA
    A127817
    FSSK/2
    ISNIN 8-10 MALAM, MAKMAL 3 DEWAN BUDIMAN

    ReplyDelete
  7. salam jeha,

    Bumi tidak lagi mampu menanggung beban penggunaan kurang mapan dan pembaziran dilakukan manusia. Saya mencadangakan terdapat pelbagai bahan boleh dijadikan alternatif bagi mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil seperti tenaga solar(matahari), tenaga air, tenaga angin, hidrogen, dan biojisim kelapa sawit. Malaysia merupakan Negara yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun. Kita boleh memanfaatkan cahaya matahari pada waktu siang sebagai seumber tenaga untuk menggantikan tenaga elektrik. Walaupun kos untuk sistem solar tinggi dan sesetengah kawasan tidak mendapat matahari untuk jangka masa panjang kerana keadaan cuaca tidak menentu, tetapi kebaikannya tidak boleh diabaikan juga. Tenaga matahari dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah kaca serta tenaganya boleh disimpan untuk penggunaan eletrik pada waktu malam. Tenaga ini boleh dimanfaatkan untuk tiang lampu yang banyak di Malaysia.

    Secara kesimpulannya, satu sistem pengurusan sumber yang berkesan perlu dilaksanakan bagi menjamin bekalan dan penggunaan yang berterusan bagi kegunaan manusia pada masa depan. Untuk mengelak daripada bumi kita dilanda pemanasan global, pemakaian tenaga alternatif adalah amat digalakkan. Saya percaya bahawa teknologi hijau akan dapat banyak membantu dalam memuliharakan alam sekitar kita. Sama-samalah kita menghayati budaya Teknologi Hijau dan menjayakan program teknologi hijau. Cegah sebelum bumi kita padah.

    NOOR ADIBA BTE ABDUL RASHID
    A127162
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    TAHUN 2, SEM 2 SESI 2010/2011

    ReplyDelete
  8. Memang tidak dapat dinafikan lagi penggunaan teknologi hijau sememangnya adalah salah satu langkah yang efisyen dalam memelihara serta memulihara alam sekitar. Selain itu, ia juga menjimatkan tenaga dan sumber asli serta menggalakkan sumber-sumberyang boleh diperbaharui. Apa yang menjadi isu sekarang adalah kerjasama dari orang ramai dimana tidak ramai di kalangan kita yang mahu memberikan kerjasama menyokong tindakan teknologi hijau ini. Mereka semua perlulah diberi kesedaran dan pendedahan umum tentang kebaikan teknologi hijau ini supaya dapat membuka mata dan memahami apa ia sebenarnya. Maka dengan itulah, pihak kerajaan serta media massa bertanggungjawab untuk mendedahkan teknologi hijau pada mereka yang masih buta pengetahuan tentang isu ini.

    NURMARIAM AISYAH BINTI HASHIM
    A130905
    PENGAJIAN BAHASA INGGERIS, FSSK
    TAHUN 2 SEM 2, SESI 2010/2011

    ReplyDelete
  9. Banyak teknologi yang ada sekarang memusnahkan alam sekitar kita. Jadi langkah untuk mempromosikan teknologi hijau ini perlu diambil serius. Teknologi yang "earth-friendly" seperti teknologi solar, angin dan sebagainya ini sememangnya perlu diberi perhatian. Teknologi perlu berkembang ke arah yang lebih baik dan disamping itu, alam sekitar juga perlu dijaga.

    NUR AKMAL BINTI MOHAMED ROZALI
    A126692
    FST/2 PROGRAM GENETIK (PPBsBt)

    ReplyDelete
  10. Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi, sambil meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Negara Malaysia memperuntukkan 4 tunggak dasar teknologi hijau negara iaitu:
    1. Tenaga
    2. Alam sekitar
    3. Ekonomi
    4. Sosial

    Kesemua perkara ini amatlah penting kerana seiring dengan pembangunan teknologi, kemusnahan sejagat juga berlaku. Maka dengan dasar yang diperuntukkan, ia akan menjadi garis panduan dalam pengggunaan dan perlaksanaan teknologi terkini agar sentuasa memikirkan tentang keselamatan alam sekitar.

    MUHAMMAD NABIL BIN JAMIL
    A130944
    FSSK - KOMUNIKASI & PENGURUSAN MAKLUMAT
    TAHUN 2- SEM 2- SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 DEWAN BUDIMAN.

    ReplyDelete
  11. Salam Cik Jiha,
    Sememangnya diakui, aplikasi teknologi moden seperti teknologi hijau ini adalah satu usaha ke arah pemuliharaan alam, di samping berupaya dalam mengawal kesan negatif akibat aktiviti manusia yang kian berleluasa. Bagi saya teknologi ini harus dikomersialkan bagi menggalakan inovasi disamping mengurangkan penggunaan sumber serta memastikan pembangunan yang mapan.

    NOORHAFIZA HASNI AB MANAF A127607
    FSSK HUMAN DEVELOPMENT
    TAHUN 2/2

    ReplyDelete
  12. Assalamualikum Jeha,
    Untuk perkongsian bersama..
    Lima langkah strategik jayakan Dasar Teknologi Hijau Negara

    BANGI: Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan lima langkah strategik bagi menjayakan Dasar Teknologi Hijau Negara.
    Perdana Menteri berkata, langkah pertama adalah mengukuhkan rangka kerja institusi terutama di kalangan Menteri manakala langkah kedua mensasarkan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi Pembangunan Teknologi Hijau.
    Katanya, langkah ketiga pula akan menggiatkan lagi pembangunan modal insan menerusi pemberian latihan dan program pendidikan.
    "Langkah keempat adalah akan menggalakkan penyelidikan dan inovasi Tekologi Hijau menerusi pengkomersialan.
    "Langkah terakhir adalah memantapkan usaha mempromosi dan meningkatkan kesedaran rakyat terhadap Teknologi Hijau," katanya berucap melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara di sini, hari ini.
    Sumber: Berita Harian

    CITY ZULAIHA BINTI MOHAMAD ZAID
    A130775
    TAHUN 2 SEM 2(2010/2011)
    PEMBANGUNAN MANUSIA(FSSK)
    SELASA 8-10 MLM

    ReplyDelete